Rabu, 10 Jun 2009

akankah mendung itu berlalu

hidup ini penuh warna kadang kita melihat putih kadang ia kan jadi hitam dan kelam dan kadang ia menjadi kelabu,indahnya permainan warna kehidupan .Tanpa kita sedar mendung menerpa tika kita tersenyum melihat cahaya mentari,dugaan bertimpa tika kita tertawa dengan kesenangan dimiliki.ingatlah teman jika hati sentiasa runsing dengan keadaan hari esok dan kesal dengan kesilapan lalu,kita takkan dapat melihat hari ini untuk kita syukuri.jadi usah gusar dengan litupan mendung yang menyelimuti hidup,tTambah Imejapi alihkanlah ia dengan cahaya gembira
aku sangat meminati kartun detective conan,ia selalunya cenderung kepada penyiasatan yang hebat mirip dengan siri penyiasatan sherlocks holmes seorang detektif yang hebat,aku suka kartun yang bijak,idea kreatif dan bukan untuk hiburan semata-mata sebaliknya terselit pengajaran malah informasi,kartun ni adalah kartun yang hebat malah aku tak malu nak akui yang aku masih meminatinya..rugi bagi insan yang tak tahu kelebihan kartun ni,sesiapa yang fans kartun ni jomla sama-sama kongsi minat ngan aku...

legend of life start here

3 disember lahirnya aku kedunia dengan iringan doa dan tangisan gembira dalam kesakitan ibu,harapan kedua ibubapa ku bermula disini.Aneh sekali bila aku menggelar hidupku sehebat lagenda namun biarlah ia tersemat disitu kerna itu harapanku.aku insan biasa yang mempunyai impian
yang besar untuk bergelar lagenda,menjadi perintis keamanan dunia dan bangsa
juga sebagai pencetus era kedamaian yang diimpikan..mampukah aku?Hanya tuhan yang tahu..yang pasti ia bukannya angan kosong yang dikhayalkan tapi
harapan yang tersemat kukuh dalam sanubari yang hanya dengan anda aku
kongsikan..selamat berkenalan para intelektual sahabat pembaca,biarlah aku hanya
menggelar diriku sebagai wajdi,seorang insan kerdil yang berjiwa besar dan
punyai harapan yang tinggi..ingin menjadi satu
lagenda....................